Pepagi pukul 5.50 aku dah terpacak kat tol kajang menunggu bebudak lain.Sempat la sembahyang subuh kat shell berdekatan.jam 6.30 baru don dan adesh datang..huh kata kul 6 dah nak ada kat tol..appara.. memula nak naik bukit broga ni cuak jugak.yelah..tak pernah naik gunung ke bukit ke..busut pun kadang-kadang..nak nak pulak bebaru ni banyak citer org manjat gunung tak lepas turun sampai berhari-hari..sampai helikopter yang bawak turun.tapi rupanya bukit biasa je..bukan hutan tebal pun..tanah rata lagi kat atas tu..tapi tinggi..cam port LORD OF THE RING berlakon pun ada..tapi almaklum la orang yang sebulan sekali exercise pun susah ni bila manjat bukit..huh..macam nak tercabut kaki aku..mintak nyawa bila dah sampai atas tu..dah la x breakfast lagi..nasib baik adesh ada bawak sandwich home made dia..aku bawak air mineral..kitorang berempat naik bukit broga tu..adesh bawa kawan dia..rupanya bersepah lagi org kat atas tu..pangkat datuk pun ada..fuh dahsyat la stamina orang tua nih..dari atas bukit tu sayup je tgk bawah..saujana mata memandang..kereta cuma besar ferrari yang beli kat shell tu je bila tgk dari atas ni..SUBHANALLAH..korang kalau ada masa dan kederat..naik la bukit yang tingginya 600 meter ni (don la kata..)yang dah stamina kuda tu boleh la panjat gunung plak..stakat broga ni nak buat port joging pagi2 boleh la bagi korang ye tak? aku kalau nak naik lagi kena work out selama 2 minggu dulu..baru fit..ini sampai atas peluh macam baru lepas redah hujan..APA CER!!!
wuihh!!! macam kat planet musytari je permandangan landscape tersebut...begitu teruja aku melihat nya..
cuba ko wat ada byg2 planet plak kat langit tu..cubalah edit2 ckit..
lan, ko amik gambo landscape mcm ni byk2, pastu aku akan edit dia ala2 sebelum&selepas..
aku nak buat style mcm taman tergantung babylon kat mesir masa jaman sumeria yg masa kita pergi jalan2
itu hari..ingat x? haa..mcm tu lah yg aku nak wat.. setakat ni baru ada 2-3 keping yg aku
berminat.. aku akan kumpulkan pastu aku akan jadikan visualisasi semasa kita gi ke alam bunian (bunian plak dah.. ) itu hari tu.. ko ingat lagi kan yg ada air terjun dari langit tu? haa.. tapi makesure res tinggi ok?
aku akan wat dalam masa seminggu dua semasa aku cuti sem ni..
ni forum sifoo.com tersebut..registerla utk komen, post artwork & sebagainya..
www.sifoo.com/forum
salam....lame x singgah cni... bro bkt broga ni kat ne arr...menarik le...sejuk mate memandang
besh...
Sun 10-May-2009 10:55 Posted by:zahir zahirdin@yahoo.com.my
dekat semenyih..boleh lalu dari klang exit kalau dari kl atau dari nilai nak ke kl melalui mantin..
dari klang cuba ikut map ni:
http://maps.google.com/maps?f=d&source=s_d&saddr=klang&daddr=Broga,+Mantin,+Negeri+Sembilan,+Malaysia&hl=en&geocode=&mra=ls&sll=2.92624,101.845322&sspn=0.315102,0.528717&g=Broga,+Mantin,+Negeri+Sembilan,+Malaysia&ie=UTF8&ll=2.958127,101.675377&spn=0.315093,0.528717&z=12