Want your
own Fotopage?






 
DIARI LENSA ALANNOOR

By: Diari Lensa Alannoor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 21-Mar-2009 16:05 Email | Share | Bookmark
LAKSAMANA CHENG HO @ PANGGUNG DBKL

Sabtu 14 Mac lalu Saya berkesempatan menonton satu pementasan teater yang diadakan secara percuma selama 3 hari bermula 13-15 Mac 09 di Panggung Bandaraya DBKL.Sekali lagi atas pelawaan Azril,saya dapat menonton satu lagi pementasan teater.kali ini teater bangsawan bertajuk Laksamana Cheng Ho.Teater bangsawan atau sekarang lebih dikenali sebagai opera telah lama bertapak di Malaysia dan dipercayai berasal dari India dan mula masuk ke Malaysia bermula dari Pulau Pinang.Perbezaannya dengan teater yang biasa adalah ia pementasannya banyak diselangi dengan nyanyian,lebih menyerupai teater muzikal atau ia memang teater muzikal jika dikira pada masa sekarang(saya kurang pasti)Seni pementasan ini semakin ditelan zaman setelah teknologi perfileman mengambil alih sedikit demi sedikit.Pada masa sekarang persatuan-persatuan yang masih bergiat dalam teater bangsawan boleh dihitung dengan jari berbanding seperti cendawan tumbuh pada era kegemilangannya.

Laksamana Cheng Ho yang dipentaskan oleh Persatuan Bangsawan Seni Bintang Timur dengan Arahan Seniman Rahman B mengisahkan kesetian laksamana Cheng Ho kepada Maharaja Ming dan kerajaan cina pada masa itu sehinggga sanggup memotong kemaluannya kerana tidak mahu menerima pelawaan cinta dari puteri maharaja iaitu Puteri Hang LI Po.Kerana malu dengan perbuatan puterinya itu maharaja Ming telah menghilangkan diri dan telah menjodohkan puteri Hang Li Po dengan Sultan melaka pada masa itu iaitu Sultan Mansur Syah.Baginda hanya akan kembali apabila puteri menerima penjodohan itu..

Pementasan ini di selit dengan nyanyian dari Musli Ramlee (muka mcm p.ramlee),Anis Saloma dan Rahman B sendiri serta beberapa penyanyi yang saya terlupa namanya sebagai selingan ketika prop pentas ditukar.Secara keseluruhannya jalan cerita dan cara pementasan teater ini berjaya menarik minat penonton untuk menunggu babak2 seterusnya cuma oleh kerana tempoh tayangan yang agak panjang kerana ada break (penukaran prop) dan penghujung babak yang semakin mendatar jalan ceritanya menyebabkan sedikit bosan tetapi penari2 comel yang membuat persembahan sedikit sebanyak menutup kekurangan itu.

Jika ada kesempatan cubalah menonton teater bangsawan dan rasai sendiri perasaannya.Teater adalah satu pementasan yang dilakukan secara langsung.Tidak ada 'CUT' seperti dalam filem jadi akan ada satu perasaan yang lain berbanding menonton filem.



lagi gambar di http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157615632780621/


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.