Want your
own Fotopage?






 
DIARI LENSA ALANNOOR

By: Diari Lensa Alannoor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 21-Mar-2009 15:25 Email | Share | Bookmark
TEATER DAUN-DAUN BERGUGURAN@ TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR

Dah lama dah aku attend teater ni atas pelawaan saudara azril yang merupakan fotografer untuk PERTUBUHAN ARTIS PENJURU ALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, persatuan yang menganjurkan teater ini.Baru sekarang nak post.

Diadakan pada 17 januari 2009 lalu di Taman Budaya Kuala Lumpur, berjiran je dengan balai polis trafik Jalan Bandar,teater ni telah mendapat kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia (KPKKW), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKNWPKL), Majlis Teater Kuala Lumpur (MTKL), Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak, Kuala Lumpur (SMKTSKL) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Berkisar tentang Hang jebat yang sudah lupa daratan dan telah mengabaikan tugasnya kepada rakyat sehingga mengundang Hang Tuah untuk beradu tenaga dengannya sehingga Hang Jebat terkorban di tusuk Taming Sari.Terbalik plak ek..Teater ini mempunyai kisah tersirat yang ingin di sampaikan kepada penonton yang menonton.Bagi aku ia lebih menceritakan senario masyarakat kita sekarang ini berbanding kisah Hang Jebat dan Hang Tuah sebenarnya.Bagaimana Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin tertindas oleh arus pembangunan..Namun masih ada di kalangan yang berada di atas sudi turun ke bawah menghulur tangan membantu golongan ini..

Itu tafsiran aku..Setiap penonton di situ mempunyai tafsiran yang tersendiri...Di arah oleh Zolkapli Komeng dan dibarisi pelakon seperti Wan Baharom Wan Ismail sebagai Tuah dan Amirul Ahmad sebagai Jebat, bagi aku teater ini boleh dikatakan berjaya menyampaikan mesejnya dalam tempoh masa tayangan lebih kurang 1 jam 30 minit x silap aku.




selebihnya di http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157615721732994/


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.