Want your
own Fotopage?






 
DIARI LENSA ALANNOOR

By: Diari Lensa Alannoor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Saturday, 9-May-2009 13:13 Email | Share | | Bookmark
NATURE @ BUKIT BELACAN

Fuh..sejuk..air jeram memang sejuk..malam tadi aku melepak sampai pukul satu pagi dengan geng beg merah di port biasa..Plan nak pegi BUKIT BELACAN pagi esok (harini).Semua excited..Pagi ni pukul 8 pagi aku dah terpacak kat pintu masuk Bukit Belacan.Si Puding dah datang lebih awal..tapi...yang lain hampes..semua terbabas...pukul 11 pagi baru sampai sms..'aku baru bangun la'..(anda tahu siapa anda haha) tapi takpe show must go on..aku dan puding pun takpalah..

Ok untuk makluman semua BUKIT BELACAN merupakan jeram tempat perkelahan untuk seisi keluarga dan mat-mat rempit bersama awek-aweknya.Terletak di Lembah Jaya, Ampang. Kalau dari pusat bandar Kuala Lumpur ikut je JALAN AMPANG tu hingga ke AMPANG PARK,jalan terus sampai AMPANG POINT SHOPPING CENTRE, jalan terus sampai PEKAN AMPANG,jalan terus sampai BANDAR BARU AMPANG,jalan terus sampai ke KAMPUNG LEMBAH JAYA,jalan terus sampailah pintu pagar BUKIT BELACAN tu atau lebih dikenali TAMAN RIMBA AMPANG. Pendek kata terus je takde kona kona...punyalah senang..Sepanjang jalan tu ada lah jumpa seketul dua signboard TAMAN RIMBA AMPANG ni..

kitorang balik dalam jam 9.30 pagi.sejam setengah dah la..lgpun masing2 ada hal tgh hari..kena la balik awal..



http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157617901635974/

wahhh..heheh..sy kenal bdk yg bgn kul 11 tuh..
mmg xguna tul dia tu..xper2,jumpa dia t sy karate tengkuk dia patah 4
Mon 11-May-2009 08:18
Posted by:wanRap
"heheh..aku sentiaSA bersedia tuk outing ngan kowank.
huhuu.."masih ingat ayat tu budak bangun pukul 11? haha...
next time kita try air terjun la pulak..
Mon 11-May-2009 13:30
Posted by:alannoor  - [Link]
wehh...lan mana gambor si bozzo tu? x siap lagi ke? aku teruja nak tgk ni.. Sun 9-Aug-2009 11:06
Posted by:mail yg comel comelnyer@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Sunday, 5-Apr-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
BROGA HILL

Pepagi pukul 5.50 aku dah terpacak kat tol kajang menunggu bebudak lain.Sempat la sembahyang subuh kat shell berdekatan.jam 6.30 baru don dan adesh datang..huh kata kul 6 dah nak ada kat tol..appara.. memula nak naik bukit broga ni cuak jugak.yelah..tak pernah naik gunung ke bukit ke..busut pun kadang-kadang..nak nak pulak bebaru ni banyak citer org manjat gunung tak lepas turun sampai berhari-hari..sampai helikopter yang bawak turun.tapi rupanya bukit biasa je..bukan hutan tebal pun..tanah rata lagi kat atas tu..tapi tinggi..cam port LORD OF THE RING berlakon pun ada..tapi almaklum la orang yang sebulan sekali exercise pun susah ni bila manjat bukit..huh..macam nak tercabut kaki aku..mintak nyawa bila dah sampai atas tu..dah la x breakfast lagi..nasib baik adesh ada bawak sandwich home made dia..aku bawak air mineral..kitorang berempat naik bukit broga tu..adesh bawa kawan dia..rupanya bersepah lagi org kat atas tu..pangkat datuk pun ada..fuh dahsyat la stamina orang tua nih..dari atas bukit tu sayup je tgk bawah..saujana mata memandang..kereta cuma besar ferrari yang beli kat shell tu je bila tgk dari atas ni..SUBHANALLAH..korang kalau ada masa dan kederat..naik la bukit yang tingginya 600 meter ni (don la kata..)yang dah stamina kuda tu boleh la panjat gunung plak..stakat broga ni nak buat port joging pagi2 boleh la bagi korang ye tak? aku kalau nak naik lagi kena work out selama 2 minggu dulu..baru fit..ini sampai atas peluh macam baru lepas redah hujan..APA CER!!!



ada lagi gambar kat sini..http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157617252125327/

wuihh!!! macam kat planet musytari je permandangan landscape tersebut...begitu teruja aku melihat nya..


cuba ko wat ada byg2 planet plak kat langit tu..cubalah edit2 ckit..
lan, ko amik gambo landscape mcm ni byk2, pastu aku akan edit dia ala2 sebelum&selepas..
aku nak buat style mcm taman tergantung babylon kat mesir masa jaman sumeria yg masa kita pergi jalan2
itu hari..ingat x? haa..mcm tu lah yg aku nak wat.. setakat ni baru ada 2-3 keping yg aku
berminat.. aku akan kumpulkan pastu aku akan jadikan visualisasi semasa kita gi ke alam bunian (bunian plak dah.. ) itu hari tu.. ko ingat lagi kan yg ada air terjun dari langit tu? haa.. tapi makesure res tinggi ok?
aku akan wat dalam masa seminggu dua semasa aku cuti sem ni..

ni forum sifoo.com tersebut..registerla utk komen, post artwork & sebagainya..
www.sifoo.com/forum

ni sextion kritik mengkritik segala artwork..
http://www.sifoo.com/forum/viewforum.php?f=9

ni sextion utk fotografer cam ko..otai ramai kat sini..
http://www.sifoo.com/forum/viewforum.php?f=19

my ultimate thread sebelum/selepas..
http://www.sifoo.com/forum/viewtopic.php?f=9&t=19524
Mon 4-May-2009 05:34
Posted by:sekacak mail yg kacak mailkacakkan@mailkacak.com  - [Link]
salam....lame x singgah cni...
bro bkt broga ni kat ne arr...menarik le...sejuk mate memandang
besh...
Sun 10-May-2009 10:55
Posted by:zahir zahirdin@yahoo.com.my
dekat semenyih..boleh lalu dari klang exit kalau dari kl atau dari nilai nak ke kl melalui mantin..

dari klang cuba ikut map ni:
http://maps.google.com/maps?f=d&source=s_d&saddr=klang&daddr=Broga,+Mantin,+Negeri+Sembilan,+Malaysia&hl=en&geocode=&mra=ls&sll=2.92624,101.845322&sspn=0.315102,0.528717&g=Broga,+Mantin,+Negeri+Sembilan,+Malaysia&ie=UTF8&ll=2.958127,101.675377&spn=0.315093,0.528717&z=12
Mon 11-May-2009 13:03
Posted by:alannoor  - [Link]
Add comment


Saturday, 21-Mar-2009 16:05 Email | Share | | Bookmark
LAKSAMANA CHENG HO @ PANGGUNG DBKL

Sabtu 14 Mac lalu Saya berkesempatan menonton satu pementasan teater yang diadakan secara percuma selama 3 hari bermula 13-15 Mac 09 di Panggung Bandaraya DBKL.Sekali lagi atas pelawaan Azril,saya dapat menonton satu lagi pementasan teater.kali ini teater bangsawan bertajuk Laksamana Cheng Ho.Teater bangsawan atau sekarang lebih dikenali sebagai opera telah lama bertapak di Malaysia dan dipercayai berasal dari India dan mula masuk ke Malaysia bermula dari Pulau Pinang.Perbezaannya dengan teater yang biasa adalah ia pementasannya banyak diselangi dengan nyanyian,lebih menyerupai teater muzikal atau ia memang teater muzikal jika dikira pada masa sekarang(saya kurang pasti)Seni pementasan ini semakin ditelan zaman setelah teknologi perfileman mengambil alih sedikit demi sedikit.Pada masa sekarang persatuan-persatuan yang masih bergiat dalam teater bangsawan boleh dihitung dengan jari berbanding seperti cendawan tumbuh pada era kegemilangannya.

Laksamana Cheng Ho yang dipentaskan oleh Persatuan Bangsawan Seni Bintang Timur dengan Arahan Seniman Rahman B mengisahkan kesetian laksamana Cheng Ho kepada Maharaja Ming dan kerajaan cina pada masa itu sehinggga sanggup memotong kemaluannya kerana tidak mahu menerima pelawaan cinta dari puteri maharaja iaitu Puteri Hang LI Po.Kerana malu dengan perbuatan puterinya itu maharaja Ming telah menghilangkan diri dan telah menjodohkan puteri Hang Li Po dengan Sultan melaka pada masa itu iaitu Sultan Mansur Syah.Baginda hanya akan kembali apabila puteri menerima penjodohan itu..

Pementasan ini di selit dengan nyanyian dari Musli Ramlee (muka mcm p.ramlee),Anis Saloma dan Rahman B sendiri serta beberapa penyanyi yang saya terlupa namanya sebagai selingan ketika prop pentas ditukar.Secara keseluruhannya jalan cerita dan cara pementasan teater ini berjaya menarik minat penonton untuk menunggu babak2 seterusnya cuma oleh kerana tempoh tayangan yang agak panjang kerana ada break (penukaran prop) dan penghujung babak yang semakin mendatar jalan ceritanya menyebabkan sedikit bosan tetapi penari2 comel yang membuat persembahan sedikit sebanyak menutup kekurangan itu.

Jika ada kesempatan cubalah menonton teater bangsawan dan rasai sendiri perasaannya.Teater adalah satu pementasan yang dilakukan secara langsung.Tidak ada 'CUT' seperti dalam filem jadi akan ada satu perasaan yang lain berbanding menonton filem.



lagi gambar di http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157615632780621/

Care to comment?


Saturday, 21-Mar-2009 15:25 Email | Share | | Bookmark
TEATER DAUN-DAUN BERGUGURAN@ TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR

Dah lama dah aku attend teater ni atas pelawaan saudara azril yang merupakan fotografer untuk PERTUBUHAN ARTIS PENJURU ALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, persatuan yang menganjurkan teater ini.Baru sekarang nak post.

Diadakan pada 17 januari 2009 lalu di Taman Budaya Kuala Lumpur, berjiran je dengan balai polis trafik Jalan Bandar,teater ni telah mendapat kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia (KPKKW), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKNWPKL), Majlis Teater Kuala Lumpur (MTKL), Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak, Kuala Lumpur (SMKTSKL) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Berkisar tentang Hang jebat yang sudah lupa daratan dan telah mengabaikan tugasnya kepada rakyat sehingga mengundang Hang Tuah untuk beradu tenaga dengannya sehingga Hang Jebat terkorban di tusuk Taming Sari.Terbalik plak ek..Teater ini mempunyai kisah tersirat yang ingin di sampaikan kepada penonton yang menonton.Bagi aku ia lebih menceritakan senario masyarakat kita sekarang ini berbanding kisah Hang Jebat dan Hang Tuah sebenarnya.Bagaimana Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin tertindas oleh arus pembangunan..Namun masih ada di kalangan yang berada di atas sudi turun ke bawah menghulur tangan membantu golongan ini..

Itu tafsiran aku..Setiap penonton di situ mempunyai tafsiran yang tersendiri...Di arah oleh Zolkapli Komeng dan dibarisi pelakon seperti Wan Baharom Wan Ismail sebagai Tuah dan Amirul Ahmad sebagai Jebat, bagi aku teater ini boleh dikatakan berjaya menyampaikan mesejnya dalam tempoh masa tayangan lebih kurang 1 jam 30 minit x silap aku.




selebihnya di http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157615721732994/

Care to comment?


Friday, 20-Mar-2009 13:44 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS MENYAMBUT MENANTU WAN & ZIHA @ GOMBAK

Alhamdulillah..21 februari aritu aku dapat 1 wedding job.thank to my friend who recommended me..(huuu..speaking..)Azuan & Noziha kat gombak setia..Dekat je dgn Pasaraya Ong Tai Kim pada sapa-sapa yg tau area tu..beberapa hari lagi nak sanding aku g jumpa si Azuan ni utk bincang pasal tema dan apa yg dia nak utk album dia..Hmmm..Agak peramah orang nya.lepas layan dunhill sebatang dua kitorang pun berdiskusi.
Cerita punya cerita..explain punya explain akhirnya dia nak buat custom album memandangkan jenis fotografi yg dia nak : CANDID. Dia ni jenis yg x suka posing2 ni..leceh katanya..lagipun masa akad nikah dan persandingan aritu dah buat posing2 ni (fotografer lain la) so dia mintak aku amik candid je dan dia nak custom album memandangkan itu lebih sesuai dgn konsep candid ni.PELAMIN takde, TEPUNG TAWAR takde, BARANG HANTARAN takdePOSING2 taknak, nak custom album plak tu. Camna aku nak shoot?dah la aku sorang2 je..
Di sinilah gunanya ke kreatifan si fotografer utk mengambil gambar..tricky jugak tapi mujurlah aku baru je beli zoom lense. Memang pada masa yang tepat.Lepas aku beli je dapat job yang macam ni.SO aku datang 1 jam lebih awal dari waktu mula majlis dan cari adik beradik dia.(si Wan ni dah inform family dia awal2 pasal aku).kalau x inform pun ringan2 kanlah mulut untuk bertanya. Dari situ aku tanya mana mak?mana ayah?mana sedara mara?..pastu bermula lah aksi paparazzi aku shoot candid. Dengan jarak focal lenght 200mm orang dah tak sedar ko tgh shoot dia haha..ok lah tu.
untuk custom album aku kena ambik gambar lebih banyak dari album biasa..disebabkan aku sorang2 aku kena ambik sebanyak yg mungkin la.Tapi takdelah sampai penuh memory card.Total gmbr aku dpt petang tu 300lebih la..
Kekreatifan ni berlanjutan hinggalah ke depan skrin komputer.Fotografer kena ada sikit pengetahuan image editing untuk memudahkan kerja..takdela kena upah org luar utk buat custom album..dah tentu menambahkan kos dan membuatkan pengantin fikir 2 kali nak buat custom album.Itulah yang aku 'experience'
Aku belum bagi lagi album kat pengantin.Tgh dalam proses akhir..maybe next week siapla..Aku minta tempoh sebulan untuk deliver album dan dia pun ok."Elok la tu time dah gaji haha.xde lah payment sangkut"..katanya lah...korang ble tgk gambar2 dia dekal link di bawah.(kalau sudilah... ).. Ok dan panjang aku mengarut dan mencarut..See U next post..



banyak lagi di http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157615760881838/
p/s:kepada Wan & Ziha.kalau singgah di sini..hantarla komen skit..kutukan ke,kritikan ke,pujian ke(harap2 la)

lama xlalu kt sini..
arini nk singgah jap..lu punyer edit makin mengila la bro..
market tggi neh..diam2 jer dia..aku kepingin outing sama kalian lg..huhhu
Wed 15-Apr-2009 19:22
Posted by:wanRap
thanks mail kocok eh kacuk eh kocak eh apa apa ajelah...aku pun menantikan artwork ko nih..bagilah link sifoo tu..kena register ke nak view?
wanrap aku pun menunggu jugak outing beramai2 cam dolu-dolu.kali ni kita buat nature nak? cari port baik punya..internet line aku ada breakdown skit..TM tu kata maybe kabel atau network card..aku nak p cari kabel dulu..bila ada entry terbaru maknanya line dah ok..thanks guy for the suport..ada job rekemen2 la kat member muahahah...
Sun 19-Apr-2009 05:16
Posted by:alannoor  - [Link]
heheh..aku sentiaSA bersedia tuk outing ngan kowank..
huhuu..
Thu 23-Apr-2009 10:10
Posted by:www.wanRap.fotopages.com
View all 4 comments Add comment


Monday, 9-Mar-2009 14:55 Email | Share | | Bookmark
PEWARIS

Assalamualaikum semua..hampir 3 bulan fotopages ini sunyi tanpa entry terbaru..bukan apa..pada 24 disember lalu isteri aku telah selamat melahirkan anak sulung kami, Muhammad Aqid bin Alan Noor.Jadi 2 bulan selepas itu merupakan masa yg agak suntuk untuk aku..Wife aku bercuti 2 bulan di rumah mak mertuanya di Seremban so dalam tempoh itu jugakla aku berulang dengan motosikal Gaban aku dari seremban ke KL. Aku jugak aku terpaksa bekukan aktiviti fotografi aku untuk memberi ruang masa kepada isteri dan ahli baru dalam keluarga ha ha..cuma hari-hari terakhir dalam bulan 2 aku terima 1 wedding job..tu entry lain lah..entry kali ini khas utk my precioussss.....




selebihnya lawatilah http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157615611665129/

tahniah bro...moga bertambah murah rezki tahun ni dgn kehadiran org baru... Wed 11-Mar-2009 03:57
Posted by:zahir zahirdin@yahoo.com.my
thanks zahir..moga2 masin mulut ko.. Thu 12-Mar-2009 14:18
Posted by:alannoor  - [Link]
natural parenting online store - breastfeeding & cloth diapering @ http://sayangbabyibu.com Mon 6-Apr-2009 11:33
Posted by:Sayang Baby Ibu info@sayangbabyibu.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 14-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
IBRAHIM & ZUNIZAH @ DAMANSARA DAMAI

Terima kasih kepada Wan Rap yang telah meminjamkan lense beliau kepada saya...



gambar selebihnya di http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157615218627339/

thanks zahir..moga2 2009 ni rezeki aku lagi murah..insyaallah.. Tue 6-Jan-2009 01:01
Posted by:alannoor  - [Link]
hehehe..smoga betambah rezkinyerrr..
bila nk lepak sama neh???
Wed 11-Feb-2009 01:21
Posted by:unnamed
ish ish..sapa tak bernama yang komen ni? boleh berkenalan?..camne nak lepak..aku x taupun dgn sapa haha.. Fri 13-Feb-2009 13:24
Posted by:alannoor  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 13-Dec-2008 09:01 Email | Share | | Bookmark
MALAM BERINAI ZUNIZAH @ DAMANSARA DAMAI

Terima kasih kepada puding yang memberi kepercayaan kepada aku untuk menggantikannya bagi majlis ini..Malam berinai ni membawa maksud berbeza bagi sesetengah negeri dan kawasan..Pengalaman aku mengambil gambar utk malam berinai di negeri sembilan,malam berinai mereka sama seperti hari persandingan cuma diadakan di waktu malam.Aku ingat kat mana2 pun sama macam tu..rupanya selepas majlis ini baru aku tahu..malam berinai untuk Zunizah hanyalah sekadar malam dimana pengantin perempuan akan diinaikan..dan sedikit gambar persalinan..mungkin inilah sebenarnya malam berinai...yang lain tu saja nak buat lebih2..apa apa pun terpulang lah kepada mempelai..anda yang pegang budget....



http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157615218627339/

bro... bg saya, kamera tak berapa penting. Yg paling penting kita yg di blkg kamera tu. Kdg org yg guna PnS pun boleh hasilkan gambar yg lebih baik dr kita yg guna DSLR... betul tak??? Apa pun... gmbr2 bro pun dah ngammm... berfotografi ni perlu bnyk latihan.. maksudnya lebih bnyk kita shoot.. dan lbh bnyk yg silap atau gmbr yg kurang menarik, lebih banyak kita belajar Sat 20-Dec-2008 12:06
Posted by:AyiePictorial  - [Link]
En Ayie .. Olympus E510 saya sangat suka hehehe ....
rendah diri plak .. cis ...

alan .. backdrop bunga sakura tu mana dapat ?
siot je
Sun 4-Jan-2009 14:07
Posted by:azrill a.k.a puding  - [Link]
hehe aku google la...pengantin tanya aku..xde backdrop ke? aku kata xde...so dia macam hampa..aku hadiahkanlah dia backdrop bunga sakura ni dalam photoshop he he.. Mon 5-Jan-2009 12:46
Posted by:alannoor  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 10-Dec-2008 13:46 Email | Share | | Bookmark
BLACK N WHITE








gambar ko pun mantap2 apa... menarik perhatian... jelos aku tengok... good job n keep up.... dah try usha http://peveyhack.com Fri 12-Dec-2008 00:51
Posted by:peveyhack pevey_hack@yahoo.com  - [Link]
wahh canggih siot ..
monitor yang lebar .. wow wow ..
optical mouse .. wow wow ..

perghhh patut la terer ...
Sun 4-Jan-2009 14:09
Posted by:azrill a.k.a puding  - [Link]
adakah ketereran boleh disukat dengan saiz monitor?..dah lama aku mengimpikan lcd 24 inci ni..akhirnya terlaksana impian aku..tapi nyesal skit sebab tambah 200 je lagi aku ble beli lcd tv 34 inci huhu..dah beli baru nak datang sale..hampeh!! Mon 5-Jan-2009 12:38
Posted by:alannoor  - [Link]
Add comment


Saturday, 6-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Amir & Hamisah @ Kuala Lipis

Amir ni member aku..Satu kelas masa belajar di POLISAS..Masa reunion baru ni aku ada bgtau dia aku buat part time photographer kenduri kawin..So kebetulan dia nak kawin..dia engage la dgn aku..abis cerita...tapi biasala...harga kawan-kawan.Macam dah jadi tradisi la pulak kan..



gambar selebihnya boleh dilihat di http://www.flickr.com/photos/diarilensa/sets/72157615235322321/

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.